fbpx

Unifi miliki dua juta pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyedia jalur lebar utama negara, Unifi mengumumkan jumlah pelanggannya telah pun melepasi angka dua juta.

Ketua Pegawai Komersial Te­lekom Malaysia Bhd. (TM), Anand Vijayan berkata, bagi meraikan pencapaian tersebut, pihaknya menawarkan tontonan Sukan Olimpik Tokyo 2020 percuma untuk semua pelanggan sedia ada, yang akan disiarkan dari 23 Julai sehingga 8 Ogos ini.

Bagi pelanggan Unifi yang tidak melanggan unifi TV, mereka boleh menonton kejohanan tersebut menerusi aplikasi unifi PlayTV.

“Selain itu, kami turut menawarkan khidmat nasihat pengoptimuman Wi-Fi secara percuma daripada pasukan Unifi Elite kami untuk mempertingkatkan pengalaman internet di rumah.

“Semua pelanggan kami sedia ada juga kini boleh menikmati pelan Unifi Mobile pascabayar tanpa had, pada bayaran hanya RM59 sebulan tanpa kontrak,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Menurut Anand, misi syarikat adalah untuk terus memberi pengalaman terhebat buat para pelanggan, sama ada dari segmen kediaman atau perniagaan.

“Dalam tempoh yang sukar dan tidak dijangka ini, yang mana sambungan lancar tanpa gangguan telah menjadi satu keperluan penting.

“Sehubungan itu, Unifi secara proaktif telah memenuhi sasaran yang ditetapkan di bawah Jalinan Digital Negara (Jendela).

“TM menerusi Unifi telah berusaha gigih untuk memperluaskan capaian sambungan kepada kawasan pinggir bandar dan luar bandar, disokong pemasangan jumlah port lebih tinggi dan pelaksanaan rangkaian fiber lebih meluas dalam memastikan tiada yang akan tercicir,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI