fbpx

Siasatan kes gadis jadi hamba seks bapa diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Polis masih menjalankan siasatan berhubung kes sumbang mahram membabitkan seorang bapa berusia 45 tahun dengan anak kandungnya yang kini berusia 18 tahun di Bukit Mertajam di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad ketika dihubungi Kosmo! hari ini berkata, gadis itu dihantar ke rumah neneknya di Perak sementara kes masih dalam siasatan.

Menurut Shafee, siasatan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau termasuk berkaitan jenayah sebelum ini.

Suspek yang juga seorang juruteknik kilang itu sedang menjalani perintah reman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Sabtu lalu, Kosmo! melaporkan polis menahan seorang lelaki selepas didakwa mencabul anak perempuan kandungnya di sebuah apartmen di Taman Seri Delima kira-kira pukul 6.30 pagi ketika ibunya pergi ke bilik air. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI