fbpx

Perak akan umum peruntukan tambahan bantu rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani.

IPOH – Kerajaan Perak akan mengumumkan peruntukan tambahan kepada lapan daerah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuhtot ‘total lockdown’ sosial dan ekonomi yang bermula hari ini hingga 14 Jun.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan mesyuarat secara atas talian dengan semua 12 orang pegawai daerah hari ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri sebelum ini telah menyalurkan RM1.2 juta kepada empat buah daerah ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan Kinta, Larut Matang dan Selama, Mualim serta Hulu Perak.

“Insya-Allah esok saya akan umumkan peruntukan tambahan kepada lapan lagi daerah susulan pelaksanaan ‘total lockdown’.

“Kita turut menekankan kepentingan menyalurkan peruntukan tambahan tersebut dengan cepat kepada sasaran yang tepat bagi rakyat negeri ini,” katanya melalui status yang dimuat naik pada laman Facebook beliau hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI