fbpx

Dua lelaki buang mayat pesakit Covid-19 ke dalam sungai ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki tersebut dengan salah seorang daripadanya lengkap dengan sut peralatan perlindungan diri (PPE) dilihat membuang mayat Premnath di sebatang sungai di Uttar Pradesh. – The Sun

UTTAR PRADESH, INDIA – Dua lelaki ditahan kerana didapati membuang mayat seorang pesakit Covid-19 ke dalam sebatang sungai di negeri Uttar Pradesh, lapor akhbar The Sun semalam.

Dalam satu video yang tular, dua lelaki tersebut yang merupakan anak saudara kepada pesakit yang meninggal dunia, Premnath Mishra, dilaporkan melakukan perbuatan itu selepas dikatakan menuntut mayat bapa saudara mereka untuk dibakar.

“Siasatan awal mendapati Premnath dimasukkan ke hospital pada 25 Mei dan meninggal dunia tiga hari kemudian.

“Mengikut protokol Covid-19, mayat diserahkan kepada ahli keluarga. Bagaimanapun, siasatan awal mendapati ahli keluarga pesakit membuang mayatnya ke dalam sebatang sungai.

“Kes telah pun direkodkan dan tindakan seterusnya akan diambil,” ujar Ketua Pegawai Perubatan Balrampur, VB Singh.  

Sementara itu, seorang lagi individu yang merupakan pekerja pusat pembakaran mayat turut dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Dia kini dilaporkan telah melarikan diri.

Krisis Covid-19 di India telah menyebabkan aktiviti pembakaran mayat dilakukan secara besar-besaran sehingga mengakibatkan pusat-pusat pembakaran mayat dipenuhi dengan mayat pesakit Covid-19.

Keadaan itu telah menyebabkan ada antara ahli keluarga yang terdesak sehingga memaksa mereka membuang mayat ke dalam sungai.

Tindakan itu mengakibatkan banyak mayat terdampar di tebing-tebing sungai termasuk di Sungai Gangga. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI