fbpx

Catriona Ross, simpan kau punya bodoh dan bingai tu – Suhaimi Saad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaimi membidas dan tidak setuju kenyataan yang dikeluarkan Catriona dalam Instagramnya.

PETALING JAYA – Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad tampil membidas kenyataan yang dibuat oleh pelakon, Catriona Ross apabila tidak bersetuju selepas pelakon tersebut menganggap rakyat yang tidak mematuhi larangan pulang ke kampung sebagai bodoh.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Suhaimi beranggapan bahawa Catriona seharusnya memahami masalah dan keperluan masyarakat yang berbeza. Malah dia turut meminta pelakon itu supaya tidak berasa megah dengan kenyataan yang dikeluarkannya.

“Amboi. Sedap dan nampak puas. Klimaks sangat bila kau dapat kata rakyat ‘se tu pid’ (bodoh) dan bingai. Jangan megah sangat dapat buat macam tu kak.

“Kau kena faham yang masalah dan keperluan orang tak sama. Jangan buat baju satu saiz, lepas itu nak paksa semua orang pakai baju dengan saiz yang sama. Itu lagi bingai,” tulisnya.

Ujar suami kepada Ina Naim itu lagi, situasi pandemik yang sudah melanda lebih dari setahun itu sudah cukup membuatkan rakyat bersabar dan patuh pada perintah yang dikeluarkan kerajaan.

“Sudah setahun lebih orang (rakyat) patuh, taat, ikut dan sabar. Kau nak suruh rakyat puji dan bagi pingat dekat kerajaan ke?” ujarnya.

Suhaimi yang turut memaki hamun Catriona turut berkata bahawa pelakon filem Mistik itu sepatutnya menyimpan kenyataan tersebut untuk diri sendiri kerana bimbang orang ramai akan benci dan meluat dengannya.

“Simpan la kau punya bodoh dan bingai tu. Jangan tunjuk sangat nanti orang meluat,” katanya.

Terdahulu, Catriona menerusi sebuah rakaman video telah menzahirkan rasa geram dengan segelintir rakyat yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam usaha melandaikan bilangan kes harian COVID-19.

Ujar Catriona, tindakan mementingkan diri sendiri itu akan mengundang risiko dan juga membahayakan pihak lain terutamanya ibu bapa di rumah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI