fbpx
Bot nelayan tempatan yang dikesan menggunakan pukat tunda di zon larangan ditahan di perairan Pulau Pangkor awal pagi semalam.

Bot nelayan guna pukat tunda di zon larangan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT – Sebuah bot nelayan tempatan kelas B ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana melanggar syarat sah lesen pada posisi 2.4 batu nautika barat laut perairan Pangkor utara semalam.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan semasa rondaan pada pukul 5.40 pagi.

“Bot nelayan tempatan yang berpangkalan di Pantai Remis itu dipercayai menangkap ikan menggunakan pukat tunda yang dilarang di kawasan pesisiran pantai.

“Dua kru termasuk tekong tempatan berumur dalam lingkungan 35 hingga 60 ditahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan kurang daripada 8.0 batu nautika mengikut syarat sah lesen,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, tekong dan kru bersama bot berisi kira-kira 50 kilogram hasil tangkapan itu kemudian ditunda ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu, Sitiawan untuk siasatan dan tindakan lanjut. -K! ONLINE

POPULAR