fbpx

Trak bergerak vaksinasi ke PPR dan tapak binaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan akan mengaktifkan projek perintis trak bergerak vaksinasi ke lokasi terpilih di Kuala Lumpur yang antaranya menumpukan kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan tapak pembinaan yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bermula esok.

Perkara itu diumumkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada sidang akhbar mingguan PICK yang diadakan secara online di sini hari ini.

“Hari ini saya telah berbincang dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengenai penggunaan trak bergerak vaksinasi di kawasan tertentu di Kuala Lumpur yang menjadi kawasan penularan wabak Covid-19.

“Sebanyak 30 trak bakal digunakan dengan menyasar 100 vaksinasi bagi setiap trak,” katanya sebentar tadi.

Dalam pada itu, beliau berkata, senarai nama 5,867 petugas media telah dihantar untuk semakan dan akan diberi pengesahan janji temu awal bulan depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI