fbpx

Mykampung Freshmart tak dirompak tapi kes penipuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV berhubung kejadian di Mykampung Freshmart, Seksyen 7, Shah Alam.

SHAH ALAM – Sebuah kedai serbaneka, MyKampung Freshmart di Seksyen 7 di sini yang dikendalikan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diasaskan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung bukan dirompak sebaliknya melibatkan kes penipuan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, berdasarkan siasatan awal dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam mendapati tiada unsur rompakan berlaku di kedai tersebut seperti ditular di aplikasi WhatsApp.

Katanya, pihaknya menerima laporan daripada juruwang kedai tersebut pukul 7.15 petang semalam.

“Bagaimanapun, siasatan kes diterusakan dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD ini kerana wujudnya unsur-unsur penipuan. Usaha mengesan seorang suspek lelaki yang terlibat sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Justeru, Baharudin menegaskan penularan menyatakan MyKampung Freshmart dirompak adalah tidak benar.

Terdahulu, tular menyatakan MyKampung Fresh Mart Seksyen 7 dirompak seorang individu dengan jumlah kerugian masih belum dikenalpasti.

Berdasarkan teks yang tular itu turut menyatakan tiada siapa yang cedera dengan seorang kakitangannya masih trauma telah diarahkan pulang untuk berehat.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI