fbpx

JKN Melaka kesan 60 lokasi berpotensi jadi kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahmad Mariman pada sidang akhbar di Japerun Ayer Molek, Melaka, hari ini.

MELAKA – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka mengesan 60 lokasi yang berpotensi menjadi kluster baharu di negeri ini, selepas mencatatkan keseluruhan 35 kluster aktif setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, JKN kini sedang memantau kesemua lokasi tersebut yang kebanyakannya merekodkan lebih lima kes kumulatif.

“Kita sedang memantau 60 lokasi yang berpotensi menjadi kluster baharu melibatkan ketiga-tiga daerah di negeri ini dengan jumlah kumulatif melebih lima kes.

“Kes-kes ini melibatkan penularan ahli keluarga, komuniti, tempat kerja dan keagamaan,” katanya pada sidang akhbar di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Molek di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kes-kes yang melibatkan penularan komuniti dan keluarga itu juga berpunca daripada aktiviti ziarah pada Hari Raya Aidilfitri, dua minggu lalu.

“Sebelum ini kita telah mengesan kluster yang dipercayai berpunca daripada aktiviti ziarah raya termasuklah Kluster Batu Lapan Bukit Rambai yang melibatkan kes indeks seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun.

“Kluster ziarah raya merupakan antara penyumbang peningkatan jumlah kes positif baru-baru ini dan saya tidak menolak kemungkinan 60 kes yang sedang dipantau juga berpunca daripada aktiviti ziarah kerana kebanyakannya melibatkan ahli keluarga,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI