fbpx

KDN tak kompromi pihak hina Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan menghina atau mempersendakan Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Institusi Diraja.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perbuatan tidak patriotik dan tidak bertanggungjawab tersebut adalah satu jenayah yang boleh mengakibatkan ketidaktenteraman awam.

“Berikutan itu, pemilik akaun Facebook Iswardy Morni yang dipercayai mengeluarkan kenyataan mempersenda serta menghina Yang Di-Pertuan Agong telah ditahan oleh pihak Polis Diraja Malaysia melalui peruntukan Seksen 8 (2) dan Seksyen 11 Akta Hasutan 1948.

“Selain siasatan di bawah Akta Hasutan 1948, Jabatan Siasatan Jenayah PDRM juga sedang menyiasat individu tersebut bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan selepas Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar mengesahkan Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak itu ditahan reman selama dua hari mulai hari ini.

Dalam pada itu, Hamzah mengarahkan pihak polis untuk terus memantau segala kegiatan menghina Yang di-Pertuan Agong dan institusi diraja di negara ini.

“KDN meminta pihak PDRM untuk memantau serta mengambil tindakan yang lebih tegas dan pantas terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan seperti ini demi memastikan Institusi Diraja, kedaulatan undang-undang dan ketenteraman awam kekal terpelihara,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI