fbpx

UEM Edgenta catat hasil RM483.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sektor penjagaan kesihatan antara pemacu kepada peningkatan pendapatan Kumpulan.

PETALING JAYA – UEM Edgenta Bhd. (UEM Edgenta) merekodkan  hasil  sebanyak RM483.6 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2021 berbanding RM501.9 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syahrunizam Samsudin berkata, Kumpulan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM8.1 juta, berbanding RM12.1 juta pada suku pertama tahun kewangan 2020.

Menurut beliau, Kumpulan mengekalkan lembaran imbangan yang kukuh dengan nisbah gearan kasar sebanyak 0.32 kali ganda, kedudukan tunai bersih positif sebanyak RM126.5 juta, kedudukan baki tunai dan bank sebanyak RM577.9 juta.

“Kami terus mengekalkan prestasi memberangsangkan melalui tempahan buku (order book)  kami yang kukuh dalam perniagaan komersial penjagaan kesihatan, yang mana secara progresifnya telah menyumbangkan kepada penambahan jumlah tempahan melebihi RM12 bilion.

“Walaupun Kumpulan  memenangi kontrak baharu dalam segmen pengurusan aset dan perkhidmatan infrastruktur, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa telah memberi kesan terhadap penangguhan kerja-kerja yang dirancang berikutan peningkatan kes harian Covid-19 yang mendadak.

“Namun, Kumpulan akan dapat menyesuaikan diri dan kekal berdaya tahan dalam menghadapi cabaran masa hadapan memandangkan lembaran imbangan dan kedudukan aliran tunai kami yang kukuh,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

 Syahrunizam berdasarkan portfolio Syarikat yang pelbagai, UEM Edgenta terus mengembangkan tempahan buku  dan telah memperoleh kontrak baharu bernilai lebih RM400 juta pada suku pertama 2021.

Selain itu, beliau optimis, Kumpulan menjangkakan memperoleh keuntungan daripada pemulihan pasca pandemik dalam sektor pengangkutan melalui penyambungan semula kerja-kerja tidak kritikal dan turapan serta merealisasikan kerja-kerja yang tertangguh daripada tahun 2020 untuk perkhidmatan perundingan infrastruktur dan asetnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI