fbpx

Mangsa berhak ambil tindakan undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong (kiri) bercakap dengan seorang penumpang LRT di KLCC hari ini.

KUALA LUMPUR – Mangsa yang terbabit dalam kejadian pelanggaran dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, setiap mangsa yang terlibat mempunyai hak untuk mengambil tindakan tersebut.

“Sebagai negara yang demokratik, mangsa mempunyai hak dan apa juga tindakan mengikut undang-undang tidak boleh dielakkan.

“Saya menyerahkan perkara ini kepada pihak Prasarana dan bagi mereka yang bercadang mengambil tindakan haruslah mengikut lunas undang-undang,” katanya ketika sidang akhbar di Pusat Krisis Stesen LRT KLCC di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seramai 213 penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dilaporkan cedera selepas tren berkenaan brek secara mengejut berhampiran Stesen KLCC dan Kampung Baru.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, seramai empat mangsa masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan seorang di hospital swasta.

“Sebelum ini, seramai 67 mangsa telah dilaporkan cedera akibat insiden tersebut. Daripada jumlah itu, 62 telah dibenarkan pulang.

“Bagi lima lagi mangsa yang parah masih menerima rawatan di HKL termasuk seorang di hospital swasta.

“Saya juga sudah berjumpa dengan semua keluarga mangsa yang terbabit untuk menzahirkan rasa simpati dan mendoakan agar mereka kembali sembuh,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI