fbpx

Kata-kata semangat si kekasih buat Kwang-soo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE KWANG-SOO (kiri) dan kekasih, Sun-bin.

RASANYA peminat Running Man pastinya tahu bahawa Isnin lalu menjadi merupakan penggambaran episod terakhir buat Lee Kwang-soo selepas 11 tahun terbabit dalam program tersebut.

Kwang-soo sebenarnya terpaksa meninggalkan Running Man disebabkan kecederaan kakinya yang belum pulih akibat kemalangan tahun lepas.

Terbaharu, rata-rata peminat juga tersentuh melihat mesej tersirat yang ditinggalkan kekasih Kwang-soo iaitu Lee Sun-bin menerusi laman Instagram miliknya.

“Awak bekerja keras untuk hari ini. Awak sudah lakukan yang terbaik dan akan lakukan lebih lagi nanti,” tulisnya ringkas.

Meskipun tidak menujukan entri tersebut secara spesifik kepada sesiapa, namun netizen menebak bahawa Sun-bin memberikan kata-kata semangat tersebut sempena hari terakhir Lee Kwang-soo sebagai ahli Running Man.

Kebanyakan pengikut dan peminat tersentuh melihat sokongan padu Sun-bin dan sentiasa berharap agar pasangan kekasih itu kekal selamanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI