fbpx

JSPT keluarkan 49 saman pelbagai kesalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEPANG – Sejumlah 49 saman pelbagai kesalahan telah dikeluarkan polis dalam Operasi Bersepadu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di Kilometer (KM) 23 Lebuhraya Elite arah selatan, di sini hari ini.

Operasi yang bermula dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari itu turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa JSPT Bukit Aman, Superintendan Bakri Zainal Abidin berkata, sebanyak 120 notis saman atas kesalahan memandu melebihi had laju di bawah saman Pol 170A turut dikeluarkan dalam operasi tersebut.

“Sementara itu, JPJ mengeluarkan sebanyak 58 notis saman ke atas pesalah lalu lintas,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi tersebut, AADK juga telah berjaya membuat tangkapan terdiri daripada empat lelaki Melayu dan seorang lelaki India kerana kesalahan positif dadah dalam saringan air kencing yang dijalankan di lokasi operasi.

“Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun,” katanya

Menurut beliau, operasi itu dilaksanakan bertujuan untuk mengesan pesalah trafik secara menyeluruh dan mengesan pemandu yang memandu di bawah pengaruh dadah.

“Dokumentasi dan tangkapan telah diserah kepada AADK Sepang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi itu diketuai oleh Pegawai Turus Zon Tengah B, Asisten Superintendan, Amir Che Ya bersama empat pegawai dan 18 anggota JSPT Bukit Aman.

Ia turut disertai tiga pegawai dan lapan anggota daripada JPJ serta dua pegawai dan sembilan anggota daripada AADK.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI