fbpx

‘Profesor Klon’ pun cucuk vaksin AstraZeneca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aznil yang terkenal dengan watak Professor Klon dalam cerita Cicakman

PETALING JAYA – Masih ingat karakter Profesor Klon yang menjual vaksin di bandar fiksyen Metrofulus suatu ketika dahulu? ‘Villain’ tersebut pun disuntik vaksin Covid-19.

Pemain karakter tersebut, Datuk Aznil Nawawi berkongsi satu hantaran video di Instagram dirinya mendapatkan vaksin itu sama seperti orang kebanyakan tanpa sebarang layanan istimewa.

Aznil, 59, berkongsi satu video berdurasi 5 minit 30 minit memaparkan perjalanan dan proses lancar vaksinasi yang diterimanya bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC).

Aznil berkongsi pengalamannya mendapatkan suntikan vaksin, AstraZeneca di WTC melalui IG.

“Tahniah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (@officialmosti). Sangat lancar dan teratur! Bila tiba giliran anda, Paknil percaya sistem akan jadi lebih baik dan lancar,” tulis pengacara tersohor negara itu pada ruangan kapsyen video yang dikongsikan.

Seorang pengguna Twitter @mustakim_ismail memuat naik ciapan memuji secara ‘komikal’ yang memberi informasi untuk semua rakyat mendapatkan vaksin mereka.

“Tengok ni guys, Profesor Klon pun ambil vaksin walaupun dulu dia ada jual vaksin dekat negara Metrofulus. Apa alasan korang taknak terima vaksin lagi,” ciapnya.

Untuk rekod, Profesor Klon adalah watak ‘villian’ popular dalam filem adiwira Malaysia, Cicak-Man yang diterbitkan pada 2006.

Aznil yang juga bekas pengacara program realiti paling popular, Akademi Fantasia itu mendedahkan beliau mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca berdasarkan tanda pagar yang disertakan pada hantaran statusnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI