fbpx

Produk Sapuu bantu tingkat kesihatan kulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk Sapuu yang menawarkan peluang perniagaan berpotensi buat usahawan.

SHAH ALAM – Mawar Shazni Sdn Bhd. pengeluar produk penjagaan kesihatan berjenama Saapu, berkeyakinan untuk menambah jualannya pada tahun ini ketika negara berdepan dengan krisis kesihatan akibat pandemik Covid-19.

Pengasas syarikat, Rosniwati Beharom berkata, produk yang telah berada di pasaran sejak Jun tahun lalu mendapat sambutan yang baik kerana kesedaran orang ramai untuk meningkatkan tahap kesihatan semakin bertambah.

Produk yang diperbuat daripada campuran dan ramuan asli serta organik seperti Aloe Vera, daun bidara, curcumin, minyak argan dan madu dapat membantu memberi manfaat terhadap kesihatan kulit pe­langgan dari umur kanak-kanak hingga dewasa.

“Set rangkaian Saapu ditawarkan dalam bentuk gel sabun dan gel sapu. Ia dijual pada harga RM150 untuk satu set tetapi pelanggan boleh membelinya secara berasingan

“Ada yang menanggap harga produk ini mahal, tapi jika dibandingkan dengan manfaatnya, harga yang ditawarkan cukup berbaloi,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

 

Selain itu, Mawar Shazni juga mahu membantu usahawan yang terkesan untuk menjadi stokis, pengedar dan dropship bagi menambah pendapatan.

Bagi memberi semangat kepada mereka untuk terus aktif berniaga, pihaknya akan menawarkan hadiah termasuk wang tunai kepada usahawan yang berjaya mencapai sasaran jualan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI