fbpx

Pelajar sekolah potong gelang ‘pink’ dikompaun RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang tular di Facebook mendakwa gelang merah jambu ditemui di dalam sebuah beg galas remaja berkenaan, hari ini.

BALIK PULAU – Seorang pelajar tingkatan empat yang masih berada dalam tempoh kuarantin dikompaun RM5,000 selepas didapati berada di tempat awam di Jalan Permatang Damar Laut, Bayan Lepas di sini awal pagi tadi.

Remaja lelaki berusia 16 tahun itu ditahan dan diperiksa selepas didapati menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan oleh anggota polis kira-kira pukul 2.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A. Anbalagan berkata, remaja yang masih bersekolah itu didapati ingkar arahan Subseksyen 22(b) Akta 343 iaitu individu di bawah pesakit bawah siasatan (PUI) enggan menjalankan kuarantin.

“Berdasarkan siasatan, dia dikatakan tinggal di rumah kawan dan hendak pergi ke rumah kawan yang lain.

“Kompaun RM5,000 dikeluarkan terhadapnya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu tular di media sosial hari ini apabila beberapa keping gambar remaja berkenaan sedang diperiksa anggota polis dimuat naik di laman sosial Facebook.

Difahamkan pihak polis menemui gelang merah jambu atau PUI yang telah dipotong di dalam beg silang remaja berkenaan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI