fbpx

Tiga pemandu bas ‘pink’ dikenakan tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMEED Mytheen Kunju Basheer

MELAKA – Tiga pemandu bas henti-henti, Bas.My atau lebih dikenali sebagai bas pink di negeri ini digantung tugas selepas dikesan melakukan kesalahan trafik yang membahayakan penumpang dan pengguna jalan raya lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah awal sementara siasatan dan semakan latar belakang dijalankan terhadap pemandu terbabit.

Menurutnya, pihak berkaitan telah diarahkan supaya satu penilaian semula dilakukan terhadap latar belakang semua pemandu, termasuk kesalahan lampau yang mungkin tidak didedahkan sebelum ini.

“Kita tidak mahu ambil mudah soal keselamatan pengguna dan kalau ada rekod kesalahan jenayah atau trafik yang serius, tindakan tegas termasuk buang kerja akan diambil.

“Tiga pemandu terbabit digantung tugas selepas masing-masing terlibat dengan kesalahan melakukan pusingan U secara berbahaya dan satu kes membabitkan kemalangan maut di Alor Gajah baru-baru ini,” katanya pada Majlis Penyerahan Mylesen (B2) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 di Ayer Keroh, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI