fbpx

Mourinho mahu Hazard sertai Roma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAZARD terus bergelut untuk membuktikan kemampuannya selepas berhijrah ke Real ekoran masalah kecederaan. – AFP

ROM – Ketua jurulatih baharu AS Roma, Jose Mourinho dilaporkan sedang merancang untuk bergandingan semula dengan bekas bintangnya sewaktu mengendalikan Chelsea iaitu Eden Hazard.

Mourinho, 58, merasakan beliau adalah individu paling tepat untuk mengembalikan semula prestasi terbaik Hazard yang kini dilihat berada pada tahap paling teruk dalam kariernya.

Hazard pernah menjaringkan 110 gol daripada 352 aksi bersama The Blues dari 2012 hingga 2019 dan beraksi selama tiga musim di bawah kendalian Mourinho di Stamford Bridge dari 2013 hingga 2015.

Bagaimanapun, segalanya be­rubah apabila penyerang sensasi berusia 30 tahun itu berhijrah menyertai Real Madrid dua tahun lalu apabila sekadar membuat lima penampilan dalam 43 perlawanan untuk semua kejohanan.

Kapten Belgium itu terlepas banyak perlawanan setelah me­ngalami pelbagai siri masalah kecederaan yang mengakibatkan berat badannya naik mendadak sehingga mendapat kecaman pe­minat-peminat tegar Los Blancos.

Akbar Sepanyol, Deportes Cuatro melaporkan bahawa Mou­rinho kini merancang untuk mendapatkan khidmat Hazard secara pinjaman sahaja berbanding perpindahan secara tetap disebabkan keadaan kewangan semasa Roma.

Difahamkan, Real mungkin bersetuju untuk menjual Hazard bagi meraih dana membeli beberapa sasaran baharu musim depan antaranya bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe atau penyerang prolifik Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland.

Sebagai rekod, Real telah me­labur duit yang banyak untuk membeli Hazard dengan yuran perpindahan bernilai €100 juta (RM507.8 juta) dan boleh mening­kat sehingga mencecah jumlah €146.1 juta (RM741.9 juta) pada 2019. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI