fbpx

Lima kawasan dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lima kawasan bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu ini sehingga 11 Jun hadapan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan berkenaan ialah Mukim Sitiawan, Manjung, Perak, tiga lokaliti di Bera, Pahang dan Mukim Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu.

Kawasan lain yang dikenakan PKPD, menurut beliau, ialah Kampung Baru Durok, Keningau dan Kampung Mook, Kinarut, Papar, Sabah.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan Mukim Sitiawan telah mencatatkan 135 kes semasa dalam tempoh 10 Mei sehingga 23 Mei lalu, sekali gus menyumbang sebanyak 58.7 peratus kes di daerah Manjung.

“Selain itu, berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam kawasan berkepadatan tinggi serta jangkitan dalam komuniti di mukim ini yang melibatkan Pekan Sitiawan, Pekan Ayer Tawar, Pekan Kg Koh, Pekan Pasir Panjang dan Bandar Seri Manjung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, di Bera, Pahang pula, PKPD dilaksanakan di tiga lokaliti iaitu Bandar Trian, Pekan Kemayan dan Gugusan Mendi.

“Berlaku peningkatan kes amat ketara apabila sebanyak 76 kes positif telah direkodkan hasil daripada 1,258 ujian saringan yang dilakukan oleh KKM dengan kadar positiviti 6 peratus,” katanya.

Beliau berkata, KKM turut mendapati berlaku peningkatan kes amat ketara dalam masa singkat apabila sebanyak 37 kes positif telah direkodkan hasil daripada 213 ujian saringan dengan kadar positiviti 17.4 peratus.

Pada masa sama, ujarnya telah berlaku penularan kes di semua lokaliti dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.

Mengulas tentang PKPD Kampung Baru Durok, menurut Ismail Sabri, sehingga kini, KKM telah melaksanakan 158 ujian saringan dan sebanyak 28 kes positif direkodkan dengan kadar positiviti ialah 17.72 peratus di lokaliti tersebut.

Bagi PKPD Kampung Mook pula, beliau berkata, sebanyak sembilan kes positif COVID-19 telah direkodkan hasil daripada 35 ujian saringan dilakukan oleh KKM dengan kadar positiviti ialah 25.7 peratus.

“Pada masa sama, telah berlaku penularan kes di semua lokaliti dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI