fbpx

KJ mohon maaf isu kelemahan laman web vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin.

PUTRAJAYA – Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon maaf kepada semua pihak yang mengalami masalah melayari laman web www.vaksincovid.gov.my untuk membuat tempahan vaksin AstraZeneca pusingan kedua, semalam.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum kekecewaan dan kemarahan orang ramai yang tidak berjaya mendapatkan slot janji temu pelalian vaksin tersebut.

“Saya tidak menafikan pengalaman pengguna atau user experience yang dilalui menyebabkan ramai kecewa akibat kelemahan sistem untuk memproses permintaan tinggi dengan cekap. Ia sepatutnya boleh dibuat dengan lebih baik,” katanya dalam sidang akhbar secara maya di sini hari ini.

Beliau berkata, satu siasatan sedang dilaksanakan dan diketuai oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) untuk mengenal pasti punca, kelemahan dan masalah kepada sistem yang diguna pakai.

“Pihak Mampu telah memulakan siasatan berhubung masalah ini selepas tempahan ditutup semalam.

“Siasatan ini akan kenal pasti masalah berkaitan serta akan mengatasinya untuk tindakan lanjut,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI