fbpx

Kematian suku pertama tahun ini 43,545, meningkat 0.7 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jumlah kematian pada suku tahun pertama ini direkodkan sebanyak 43,545, meningkat sebanyak 0.7 peratus berbanding 43,226 kematian bagi tempoh sama tahun lalu, menurut laporan terkini perangkaan demografi yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, hari ini.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, sejumlah 25,076 kematian adalah lelaki sementara 18,469 kematian adalah perempuan.

Menurutnya, sebanyak 801 kematian disebabkan Covid-19 direkodkan pada suku tahun pertama ini, meningkat 70.1 peratus berbanding 471 kematian pada tahun lalu.

“Selangor merekodkan bilangan kematian tertinggi akibat Covid-19 iaitu 285 kematian, manakala Putrajaya merekodkan kematian terendah iaitu hanya dua kematian dan tiada kematian direkodkan di Perlis,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI