fbpx

Belum sempat pinjam peniaga ditipu RM7,801

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang peniaga mengalami kerugian kira-kira RM7,801 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menawarkan pinjaman wang berlesen yang tidak wujud melalui laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, dalam kejadian di Rompin itu mangsa yang berumur 28 tahun itu mula melihat iklan pinjaman dalam laman Facebook pada 21 Mei lalu.

“Mangsa kemudian menghubungi ejen sindiket berkenaan melalui aplikasi WhatsApp dan bersetuju untuk membuat pinjaman berjumlah RM10,000 dengan kadar bayaran balik sebanyak RM294 sebulan selama tiga tahun.

“Bagamanapun mangsa diperdaya untuk membuat sejumlah bayaran dengan pelbagai alasan oleh sindiket berkenaan sehingga mangsa membuat lapan transaksi pemindahan wang berjumlah RM7,801,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI