fbpx
HAKIM dan peguam melawat bangkai pesawat MH17 yang dicantum semula di pangkalan udara Gilze-Rijen, Belanda hari ini. - AFP

Hakim Belanda lawat bangkai MH17

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE, Belanda – Panel hakim Belanda melawat bangkai pesawat Malaysia Airlines MH17  untuk kali pertama hari ini dalam ‘hari penuh emosi’ untuk perbicaraan empat suspek nahas tersebut.

Cebisan hadapan pesawat itu yang ditembak jatuh di Ukraine pada tahun 2014 dengan mengakibatkan semua 298 penumpang dan krunya terbunuh, dicantumkan di pangkalan udara  Gilze-Rijen, Belanda.

Perbicaraan tiga rakyat Rusia dan seorang warga Ukraine kerana menembak jatuh pesawat jenis Boeing 777 itu bermula pada 2020 tetapi pekembangannya perlahan disebabkan perbalahan undang-undang. Kesemua suspek dibicarakan tanpa kehadiran mereka.

“Kami sedar bahawa lawatan untuk menyaksikan MH17 yang dibina semula ini sebagai sebahagian daripada proses perbicaraan jenayah akan memberikan kesan emosi kepada waris mangsa,” kata seorang hakim berkenaan, Hendrik Steenhuis.

Panel hakim tersebut memeriksa bahagian luaran pesawat yang masih memiliki cat putih, merah dan biru sebelum menaiki tangga untuk melihat kerosakan pada bahagian  dalam pesawat.

Penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur apabila ia ditembak di rantau timur Ukraine yang dikuasai pemberontak pro-Rusia.

Siasatan antarabangsa merumuskan bahawa sebuah peluru berpandu BUK  berasal daripada Briged Peluru Berpandu Anti-Pesawat  Ke-53 yang berpangkalan di bandar Kurks sebagai bertanggungjawab.

Bangkai pesawat itu dicantum semula selepas diangkut dari timur Ukraine menggunakan kereta api dan pesawat ke pangkalan udara di Belanda. – AFP

 

POPULAR