fbpx

Baki 956,609 vaksin AstraZeneca habis ditempah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,261,000 dos vaksin AstraZeneca habis ditempah kurang sejam selepas tempahan dibuka kepada penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas di lima buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak hari ini.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah yang ditawarkan itu, sebanyak 956,609 tempahan dipenuhi oleh penduduk berumur 18 tahun ke atas.

“Sebanyak 275,208 dos pula ditempah oleh warga emas sewaktu inisiatif itu mula dibuka Ahad lalu sehingga hari ini.

“Sementara itu, seramai 29,183 orang dalam senarai menunggu vaksin Astrazeneca sebelum ini telah dimasukkan ke dalam senarai giliran pusingan kedua tersebut,” katanya di sini hari ini.

CITF mengambil maklum gangguan teknikal yang telah berlaku sewaktu tempahan dibuka tengah hari tadi hingga menyebabkan pengguna menghadapi kesukaran mengakses beberapa butang ciri laman web CITF.

Katanya, CITF memandang serius masalah teknikal yang dihadapi dan tindakan akan diambil kepada pihak yang berkenaan demi kepentingan awam dan negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI