fbpx

Jiran bantu warga emas pekak bisu suntik vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Usaha murni seorang wanita yang membantu jirannya, Sim Hooi Hong, 80, warga emas yang juga orang kelainan upaya pekak dan busi mendapatkan suntikan vaksin di KPJ Seremban di sini harus diberikan pujian.

Tang Ngar Kwun, 49, berkata, menjadi tanggungjawabnya sebagai jiran untuk membantu warga emas itu memandangkan anak-anaknya tinggal di Johor.

“Pasangan warga emas ini iaitu Uncle Sim (Sim Hooi Hong) dan isterinya mengalami masalah pekak dan bisu dan mereka tinggal berdua sahaja di Taman Layang-Layang, Seremban.

“Saya memang rapat dengan mereka dan semalam anak-anaknya ada menghubungi saya dan meminta tolong untuk menghantar Uncle Sim ke Hospital KPJ Seremban untuk mendapatkan suntikan vaksin,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Hooi Hong merupakan salah seorang daripada 100 penerima suntikan vaksin Sinovac yang terpillih untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19 di Hospital KPJ Seremban yang dilantik sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hosital KPJ Seremban, Mohamad Sofian Ismail berkata, sebagai menyahut seruan kerajaan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Hospital KPJ Seremban telah dipilih sebagai PPV iaitu salah sebuah fasiliti kesihatan yang menyediakan suntikan vaksin kepada penerima yang layak.

“KPJ Healthcare serta rangkaian hospital di KPJ Seremban menyeru agar semua warga Malaysia yang berkelayakan untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19.

“Sebagai PPV yang dilantik, KPJ Seremban bersedia untuk memastikan vaksinasi dapat diberikan kepada penerima yang layak berdasarkan pemilihan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui pendaftaran di aplikasi MySejahtera atau Vaksincovid.gov.my,” katanya ketika ditemui pada Program Suntikan Vaksin Covid-19 di Hospital KPJ Seremban yang bermula hari ini hingga 28 Mei depan (Khamis).

Semalam KKM memaklumkan 12 hospital swasta akan beroperasi sebagai PPV bermula 25 Mei 2021 dengan gabungan jumlah kapasiti 2,250 dos sehari di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan akan terus dipertingkatkan setiap minggu.

Di Negeri Sembilan, hospital swasta yang terpilih sebagai PPV ialah KPJ Seremban, Pusat Perubatan Mawar dan Hospital UCSI. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI