fbpx

Harap kematian Khaleel bukan didera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cik Azizah menunjukkan gambar kenangan Khaleel Islam bersama keluarganya di Felda Kerteh 4 dekat Dungun semalam.

DUNGUN – Pengasuh yang menjaga seorang bayi lelaki berusia 14 bulan yang maut selepas terjatuh dari katil di bawah jagaannya merupakan orang kepercayaan keluarga bayi tersebut.

Nenek mangsa, Che Azizah Besar, 54, berkata, pengasuh wanita berusia 24 tahun yang telah mendirikan rumah tangga itu menjaga cucunya, Khaleel Islam Mohamad Ehafizuddin sejak berusia enam bulan.

“Sebelum ini, pengasuh itu memang seorang yang teliti dan dia menjaga Khaleel dengan baik serta penuh kasih sayang memandangkan dia belum dikurniakan anak.

“Boleh dikatakan hampir setiap hari dia menjaga Khaleel dan kadangkala dia membawa Khaleel pulang ke kampungnya di Kuala Terengganu. Pengasuh itu juga kerap bertandang ke rumah saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Kerteh 4 dekat sini semalam.

Che Azizah berkata, secara peribadi dia berharap insiden malang yang meragut nyawa cucu kesayangannya itu disebabkan kemalangan, bukannya melibatkan kes pende­raan.

“Kalau memang kemalangan, benda sudah nak jadi, kami reda,” ujarnya.

Khaleel Islam

Anak bongsu daripada dua beradik itu yang mengalami pendarahan pada ubun-ubun dan retak tulang kepala meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pukul 10 malam kelmarin.

Kejadian pada Sabtu lalu itu berlaku hanya selepas lima minit bapa mangsa, Mohamad Ehafizuddin Musa, 30, menghantar anaknya ke rumah wanita tersebut di Paka dekat sini pukul 10.15 pagi.

Sebaik dimaklumkan iste­rinya, Nurul Farahanim Mat Zali, 28, yang berada di kedai makan mereka di pusat bandar Paka, lelaki itu bergegas ke rumah pengasuh sebelum mendapati anaknya sudah tidak bermaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, hasil soal siasat awal, penga­suh mangsa mendakwa bayi itu melompat dari atas katilnya sebelum terjatuh ke lantai dalam keadaan terlentang.

Sebelum kejadian, Khaleel Islam didakwa cuba mengambil pengecas telefon yang terjatuh ke bawah katil.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI