fbpx

Pelaksanaan BDR tidak jejas perkhidmatan kerajaan -Cuepacs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Awam (Cuepacs) memberi jaminan bahawa penjawat awam akan terus mengekalkan produktiviti kerja pada tahap terbaik meskipun hampir 80 peratus akan bekerja dari rumah (BDR) bermula esok.

Presidennya, Adnan Mat berkata, rakyat tidak perlu bimbang urusan mereka akan tergendala kerana setiap jabatan kerajaan tidak pernah berhenti berfungsi atau lumpuh dalam menjalankan perkhidmatan masing-masing.

Beliau berkata, sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan akan terus berjalan seperti biasa bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat dapat diberikan mengikut ketetapan setiap agensi kerajaan.

“Cuepacs berharap masyarakat tidak meletakkan persepsi buruk kepada penjawat awam kerana pelaksanaan BDR adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 – Dasar Bekerja Dari Rumah yang secara jelas memperincikan aspek-aspek perlu dipatuhi setiap penjawat awam.

“Cuepacs yakin penjawat awam tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing melalui amalan BDR yang telah ditambahbaik dari semasa ke semasa dan boleh diadaptasi oleh penjawat dengan sebaik mungkin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Adnan menyeru agar semua penjawat awam mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan peraturan semasa berkaitan BDR.

Jelasnya, sebarang pelanggaran salah laku dalam pematuhan kepada BDR akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan semasa perkhidmatan awam.

“Penjawat awam tidak boleh berkompromi mengenai produktiviti masing-masing semasa BDR kerana kita adalah tulang belakang kepada pentadbiran negara.

“Maka sudah pasti kita wajib menunjukkan contoh yang terbaik dalam mematuhi dasar-dasar yang diarahkan oleh kerajaan serta melaksanakannya dengan sebaik mungkin,” kata Adnan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI