fbpx

Lelaki conteng dinding ‘Kerajaan Gagal’ ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Contengan tulisan biadab menggunakan penyembur cat di dinding beberapa bangunan di Taiping.

TAIPING – Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai menconteng dinding dengan tulisan biadab menggunakan penyembur cat di beberapa lokasi di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, lelaki berusia 30-an itu diberkas di sebuah rumah di Taman Sungai Mas di sini pada pukul 3.45 petang.

Katanya, siasatan terhadap suspek membawa kepada rampasan satu blok tulisan ‘Kerajaan Gagal’, satu tin penyembur cat dan sebuah kereta jenis Toyota Avanza.

“Rampasan itu dibuat selepas suspek menunjukkan peralatan yang digunakannya untuk membuat contengan pada dinding-dinding bangunan.

“Lelaki itu dan barang kes di bawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk siasatan lanjut dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Taiping hari ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI