fbpx

Guna dua bot kelirukan penguat kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa APMM menggagalkan cubaan menyeludup 350kg daun ketum menggunakan bot ke Thailand di perairan Kuala Perlis, semalam.

KUALA PERLIS – Penyeludup ketum dikesan menggunakan dua bot sebagai helah bagi mengelirukan penguat kuasa ketika mahu membawa keluar daun tumbuhan tersebut menerusi perairan ini ke Thailand.

Bagaimanapun, taktik baharu tersebut gagal apabila Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 350 kilogram daun ketum di pesisiran pantai Kuala Perlis kira-kira pukul 7 malam, semalam.

Rampasan daun ketum berkenaan dianggarkan bernilai kira-kira RM63,000.

Pengarah APMM Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd. Shafie Paing berkata, berdasarkan maklumat risikan, pihaknya mengatur gerak pasukan operasi ke sekitar lokasi dan mengesan dua suspek mengemudi bot kayu tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan.

“Mereka dilihat sedang keluar dari Kuala Sanglang di sini menuju ke arah sempadan Thailand kira-kira pukul 6.30 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek bertindak menukar haluan ke daratan berhampiran dan terjun ke laut meninggalkan bot serta berenang melarikan diri ke hutan bakau berlumpur.

“Suspek menggunakan bot enjin sangkut bergalah bagi mengelakkan bot ronda APMM daripada menghampiri mereka di kawasan cetek.

“Sifat geografi perairan yang cetek dan berlumpur menyukarkan bot penguat kuasa APMM untuk akses ke kawasan paya bakau,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI