fbpx

Banyak faktor varian Covid-19 berada dalam negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tiada jaminan varian-varian Covid-19 tidak akan memasuki negara biarpun langkah kawalan sempadan dilaksanakan oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, varian tersebut mungkin memasuki negara ini oleh warganegara yang mengunjungi negara luar dan membawanya pulang selain dibawa oleh pengunjung asing.

Menyedari hakikat berkenaan, beliau berkata, kerajaan mengambil tindakan untuk mengetatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pelawat dari luar negara seperti India.

“Sebab itu dalam keadaan yang terkini sebagai contoh, bila ada pelawat yang datang dari India, kita buat keputusan sekat, tak boleh dibenarkan masuk.

“Kalau orang kita pergi ke luar negara seperti itu, dia masuk balik dia akan ditahan, buat calitan dan sebagainya. Dia diberi pemerhatian untuk tempoh sekurang-kurangnya 21 hari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada slot Bicara Khas bersama YAB Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.

Muhyiddin berkata, varian berbahaya Covid-19 juga berkemungkinan dibawa masuk oleh pekerja-pekerja dari negara seperti Bangladesh, yang mana terdapat sebilangan mereka menyorok daripada pihak berkuasa.

Bahkan, katanya, pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditangkap di Semporna Sabah serta Sarawak turut membawa masuk varian Covid-19, selain PATI berkenaan turut dijangkiti wabak tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI