fbpx
Zulkifli

Nota pesanan suara ‘Maulana’ cuba kelirukan masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Jangan terpedaya dengan nota pesanan suara ‘WhatsApp’ kononnya mengaitkan wabak Covid-19 dengan agenda Yahudi.

Nasihat itu diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi ciapan di Twitter susulan tersebar nota pesanan suara daripada individu digelar ‘Maulana’.

Zulkifli berkata, perkara yang dikongsi itu adalah tidak benar dan membahayakan nyawa di sekeliling anda.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak berkongsi salah faham yang berlegar berkaitan Covid-19 sehingga menghalang untuk daftar program vaksinasi.

Sebelum ini, tersebar dua audio WhatsApp oleh individu yang menggelarkan diri sebagai Maulana yang menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat ujian calitan jika diminta.

Antara pesanan lain dikongsi adalah meminta orang ramai supaya hanya cukup berkurung di rumah dan amalkan minum air kelapa tua campur limau bagi mengelak jangkitan Covid-19.

Agenda lain terkandung dalam nota pesanan suara itu adalah orang ramai turut dinasihatkan merahsiakan pergerakan kerana Covid-19 adalah agenda Yahudi dan swab test adalah salah satu cara untuk Yahudi menyekat umat Islam solat berjemaah di masjid surau. – K! ONLINE

POPULAR