fbpx

Nepal umum pilihan raya ketika pandemik Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pilihan raya baharu di Nepal akan diadakan November ini ketika negara itu berdepan krisis politik dan pandemik koronavirus. - AFP

KATHMANDU – Parlimen Nepal dibubarkan untuk kali kedua dalam tempoh lima bulan semalam dan pilihan raya baharu akan diadakan November ini ketika negara Banjaran Himalaya itu berdepan krisis politik dan pandemik koronavirus.

Presiden Bidhya Devi Bhandari mengeluarkan arahan itu selepas mengisytiharkan bahawa kedua-dua Perdana Menteri KP Sharma Oli dan pemimpin pembangkang, Sher Bahadur tidak mempunyai majoriti di Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Pertelagahan antara perdana menteri daripada parti komunis dan bekas sekutunya itu mencapai kemuncak  ketika Nepal diserang gelombang penularan koronavirus di samping kekurangan oksigen serta vaksin.

Pihak berkuasa melaporkan kira-kira 200 kematian sehari, tetapi pakar-pakar berkata bahawa angka korban sebenar adalah jauh lebih tinggi. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat rayuan kecemasan menyatakan bahawa Nepal berisiko lumpuh.

Bidhya membubarkan Parlimen awal semalam selepas rundingan menemui jalan buntu.

“Presiden telah membubarkan Dewan Perwakilan (Parlimen) dan menetapkan fasa pertama pilihan raya umum pada 12 November ini dan fasa kedua 19 November,” kata pejabatnya dalam satu kenyataan.

Sharma dilantik semula sebagai Perdana Menteri pada minggu lalu manakala tiada pemimpin lain boleh mendapatkan majoriti selepas beliau kalah dalam sesi undi tidak percaya.

Sharma, 69, mempunyai masa sebulan untuk mendapatkan sokongan ahli Parlimen tetapi Presiden meminta parti lain cuba membentuk kerajaan namun, gagal. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI