fbpx

Dua pelitup muka tapis 95 peratus virus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Pemakaian dua pelitup muka adalah digalakkan kerana kemampuannya untuk menapis sebanyak 95 peratus virus sekali gus bagi melindungi diri daripada dijangkiti Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pemakaian dua pelitup muka itu juga digalakkan di tempat awam yang berisiko tinggi seperti hospital.

“Pelitup muka ini wajib dipakai di tempat awam untuk melindungi daripada jangkitan tetapi, dua pelitup muka akan lebih berkesan dapat menapis 95 peratus daripada virus terutama di tempat awam yang berisiko tinggi.

“Malah, kebanyakan petugas kesihatan di hospital juga digalakkan memakai pelindung muka dan pelitup muka tetapi bukan pelitup muka fabrik,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Noor Hisham berkata demikian mengulas mengenai gambar beliau yang tular memakai dua pelitup muka dan pelindung muka ketika mengadakan lawatan lapangan di hospital Covid-19.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menggalakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), majikan dan kerajaan negeri untuk melaksanakan saringan bagi mengesan kes-kes positif Covid-19 selain individu juga boleh tampil ke fasiliti swasta bagi menjalankan ujian saringan.

“Apa pun kita minta rakyat dalam tempoh dua minggu ini, duduk di rumah. Laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kendiri dan keluarga, nescaya dapat memutuskan rantaian jangkitan.

“Ini penting untuk memberi ruang dan masa kepada kita bagi meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan di hospital dalam mengurangkan kes Covid-19 di wad dan Unit Rawatan Rapi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI