fbpx

Sangka ada letupan bom di Kampung Sireh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairul Anuar menunjukkan bahagian atap restorannya yang pecah akibat terkena serpihan letupan kereta di Simpang Empat, Kampung Sireh dekat Kota Bharu petang tadi. - FOTO : ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Seorang peniaga restoran yang menyaksikan kejadian kereta meletup di Simpang Empat, Kampung Sireh petang tadi terkejut apabila mendengar letupan kuat seperti bunyi bom.

Mohd. Khairul Anuar Mohd. Zain, 42, berkata, restorannya yang berada kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian turut terkena serpihan kereta yang dipandu mangsa sehingga menyebabkan bahagian atap pecah.

“Saya terkejut dan terus meluru keluar dari dalam kedai sebelum melihat beberapa buah kereta terbakar dengan serpihan cermin turut dilihat bertaburan di atas jalan raya.

“Saya sempat melihat keadaan sebuah kereta sudah terbakar dan putus dua. Saya juga melihat serpihan mayat seorang lelaki terbakar di dalam kereta berkenaan,” katanya ketika ditemui Kosmo! sebentar tadi.

Dalam kejadian pada pukul 5.55 petang tadi, mangsa, Wan Hassan Wan Ali, 48, maut di lokasi kejadian selepas kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang dipandunya dengan muatan penuh mercun bola meletup.

Letupan itu, menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 20 meter sebelum disahkan meninggal dunia.

Selain Wan Hassan, empat orang mangsa termasuk seorang anggota polis turut mengalami kecederaan parah, namun keadaan mereka stabil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI