fbpx

Penghuni rumah usang, daif dibantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nicole melawat keadaan rumah yang dihuni beberapa orang warga emas di Jalan Quek Kai Dong (Jalan Limbok) Seremban hari ini

SEREMBAN: Kerajaan negeri akan membantu sekumpulan penghuni yang mendiami sebuah rumah usang dan daif di Jalan Quek Kai Dong (Jalan Limbok) dekat sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata, bantuan tersebut termasuklah membantu mereka yang sebahagiannya terdiri daripada warga emas yang masih mahu bekerja untuk mendapatkan pekerjaan sesuai.

Selain itu, kata beliau, bagi warga emas yang sudah uzur, mereka akan ditempatkan di rumah warga emas yang lebih selesa.

“Saya mendapati seramai enam orang warga tempatan termasuk seorang yang memegang permastautin tetap. Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turun padang bagi melihat sendiri keadaan rumah ini.

“Bagaimanapun, saya melihat keadaan mereka baik dan kami akan membantu mereka yang masih mahu bekerja mendapatkan pekerjaan, manakala, bagi mereka yang sudah uzur kami berhasrat untuk menempatkan mereka di rumah warga emas,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! pada 19 Mei lalu melaporkan terdapat tujuh orang penghuni sebuah rumah usang dan daif di sini yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Kesemuanya terdiri daripada mereka yang tidak berkemampuan dan menyewa di dalam rumah tersebut bercampur lelaki dan perempuan serta terdiri berbilang bangsa.

Lebih menyedihkan, empat orang daripada tujuh penghuni rumah tersebut merupakan warga emas dan ada daripadanya tidak mampu bekerja dan mengharapkan ihsan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapatkan makanan. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI