fbpx

[VIDEO] Lima kenderaan rosak akibat letupan di Kampung Sireh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan letupan di persimpangan lampu isyarat di Kampung Sireh, Kota Bharu sebentar tadi

PETALING JAYA – Beberapa buah kenderaan rosak dipercayai akibat letupan mercun dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat, Kampung Sireh, Kota Bharu, petang tadi.

Kosmo! difahamkan lima buah kenderaan terlibat dalam insiden letupan berkenaan antaranya sebuah kereta Proton Waja dan sebuah Proton Saga.

Mercun bola yang dipercayai punca letupan.

Menerusi video yang dikongsi di laman sosial kesan letupan itu turut menyebabkan beberapa bangunan turut rosak termasuk sebuah masjid dan sekolah berhampiran lokasi kejadian.

Kesan letupan tersebut juga boleh dilihat hampir 100 meter dari kawasan kejadian.

Turut dikongsi di media sosial adalah gambar dua lelaki dipercayai mangsa letupan dan gambar mercun bola dipercayai ada kaitan dengan letupan tersebut.

Dua lelaki cedera dipercayai terlibat dalam insiden letupan di persimpangan lampu isyarat di Kampung Sireh, Kota Bharu petang tadi.

Difahamkan ketika ini pasukan bomba sedang melakukan kerja-kerja memadam kebakaran kereta akibat letupan tersebut.

Berita lanjut akan menyusul.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI