fbpx

Lee Da-hee pengganti Seo Ye-ji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE DA-HEE

NAMPAKNYA drama Island masih lagi belum menemui pengganti heroin baharu selepas Seo Ye-ji terpaksa menarik diri daripada naskhah tersebut. Semua kekacauan itu berlaku rentetan daripada pelbagai kontroversi yang terkait dengannya.

Sebelum ini aktres Han So-hee menolak khabar angin mengatakan bahawa dia bakal menjadi teraju drama pengusiran roh itu bersama Kim Nam-gil.

Terbaharu, nama Lee Da-hee pula disebut-sebut sebagai pelakon pengganti baharu yang akan menjayakan watak Won Min-ho itu.

Menurut agensi penaung pelakon wanita itu, Da-hee telah menerima tawaran untuk membintangi drama tersebut dan bakal memulakan penggambaran dalam masa terdekat.

Island merupakan sebuah drama bersiri mengisahkan lelaki yang memerlukan kehadiran seorang wanita untuk menamatkan kehidupan abadinya akibat satu sumpah di sebuah pulau misteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI