fbpx

Sembilan premis judi digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah premis yang menjalankan kegiatan judi loteri awam haram di Butterworth diserbu polis dalam operasi semalam.

SEBERANG PERAI – Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) menggempur sembilan premis yang dijadikan tempat menjalankan kegiatan perjudian haram dalam operasi selama dua hari sehingga semalam.

Operasi berkenaan dijalankan oleh 63 pegawai dan anggota dari Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menahan 10 individu berusia di antara 17 hingga 51 tahun termasuk empat wanita dalam operasi terbabit.

“Mereka dipercayai teribat dalam kes judi loteri awam haram dan judi online di kawasan sekitar Mak Mandin, Butterworth dan Kepala Batas.

“Beberapa barangan turut dirampas seperti pencetak, telefon pintar, buku resit, pen, kalkulator dan slip kertas,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan memohon kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik di premis-premis berkenaan bagi memastikan kegiatan itu tidak berulang.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4A(a) dan 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sementara itu, Noorzainy berkata, orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti perjudian haram di tempat mereka melalui sistem Volunteer Smartphone Control (VSP) atau menghubungi IPD SPU di talian 04-5762222. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI