fbpx

Kawal tekanan darah elak terdedah jangkitan Covid-19 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan supaya rakyat di negara ini mengawal tekanan darah khususnya bagi mengelak terdedah kepada jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mendapati, pesakit-pesakit yang mempunyai komorbiditi seperti hipertensi atau tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung adalah lebih terdedah mendapat kesan yang lebih mudarat sekiranya dijangkiti penyakit Covid-19.

Beliau berkata, analisis kepada data pesakit kritikal yang dilaporkan kepada Pasukan Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) mendapati 58.3 peratus pesakit yang dirujuk kepada rawatan kritikal mempunyai sejarah penyakit hipertensi.

Malah katanya, hampir separuh atau 49.4 peratus daripada kes yang dirujuk itu memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Selain itu, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 menunjukkan bahawa prevalen hipertensi di kalangan penduduk Malaysia dewasa berumur 18 tahun dan ke atas adalah 30 peratus atau kira-kira 6.4 juta orang dewasa.

“Ia amat membimbangkan memandangkan  50 peratus daripadanya tidak mengetahui diri mereka menghidap penyakit hipertensi,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sempena Hari Hipertensi Sedunia yang disambut hari ini dengan tema Tekanan Darah Terkawal, Hidup Lebih Sejahtera.

Katanya, hipertensi adalah penyumbang utama kepada penyakit kardiovaskular, strok, kegagalan buah pinggang dan seterusnya kematian pramatang di seluruh dunia.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI