fbpx

Hanya 12 jemaah di masjid, 3 di surau dibenarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN Harun (dua dari kanan) menyempurnakan Majlis Pelancaran Bantuan Peduli Palestin Peringkat Negeri Sembilan di Wisma Negeri, Seremban hari ini. FOTO : ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Hanya 12 orang jemaah membabitkan pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dan tiga orang jemaah bagi surau dibenarkan menunaikan solat fardu lima waktu dan Jumaat di semua masjid dan surau negeri ini.

Prosedur operasi standard (SOP) itu berkuat kuasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 7 Jun nanti.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan itu berikutan kes Covid-19 yang berlaku di masjid dan surau semakin meningkat di negeri ini.

“Ia bukan kluster masjid dan surau namun ada jemaah yang hadir dalam keadaan yang tidak sihat menyebabkan rakan lain terlibat. Pihak kerajaan negeri terpaksa membuat keputusan ini demi kebaikan semua.

“Oleh itu, kerajaan negeri juga telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir termasuk dimaklumkan kepada Datuk Undang Yang Empat bahawa telah bersetuju dengan SOP dengan jumlah jemaah yang dibenarkan untuk masjid adalah 12 orang manakala, jemaah surau hanya tiga orang sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Bantuan Peduli Palestin Peringkat Negeri Sembilan di Wisma Negeri, Seremban hari ini.

Menurut Aminuddin, bagi jemaah surau yang dibenarkan seramai tiga orang berkenaan hanyalah melibatkan imam, bilal dan siak.

“Walaupun bilangan jemaah dihadkan mereka (pegawai masjid) masih perlu mengisi borang kehadiran dan menjaga SOP di surau mahupun masjid. Selain itu, mereka masih boleh melaungkan azan setiap kali solat fardu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI