fbpx

Ahli perniagaan terkejut dapat liputan media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chan Chin hadir prosiding di Mahkamah Sesyen Shah Alam dengan memakai tongkat. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan terkejut apabila mendapat liputan media terhadap pertuduhan penipuan perniagaan pelitup muka yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Tjeong Chan Chin, 43, yang mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir turut memohon pendakwaannya itu tidak disiarkan di media sosial kerana risau perniagaan dan rakan kongsinya terjejas.

Bagaimanapun, Muhammad Anas menegaskan permohonan itu perlu dilakukan mengikut saluran undang-undang dengan melantik peguam.

Chan Chin yang hadir dalam prosiding tersebut dengan menggunakan tongkat susulan cedera pada kaki kiri ekoran terjatuh dua minggu lalu didakwa telah menipu seorang lelaki berusia 37 tahun terhadap perniagaan pelitup muka yang tidak wujud sehingga mendorong menyerahkan wang berjumlah RM352,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di nombor 8, Jalan Tempua 8, Puchong Jaya antara 28 April hingga 13 Mei 2020.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Zatil Hidayah Ali menawarkan jaminan RM150,000 bersama seorang penjamin selain pasport diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, Chan Chin tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan kepada RM15,000.

Mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 bersama seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan 14 Julai depan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI