fbpx

Peragut diberkas tidak sampai 2 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal yang digunakan oleh suspek untuk melakukan kegiatan ragut di sekitar Petaling Jaya.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki meragut telefon bimbit milik seorang wanita warga emas di sekitar Taman Kanagapuram di sini mengundang padah selepas dia ditahan tidak sampai dua jam sebaik melakukan jenayah tersebut.

Dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi semalam, suspek berusia 27 tahun yang ditahan itu turut mempunyai 11 rekod jenayah lampau dan dua rekod kes dadah.

Antara rekod jenayah lampau membabitkan suspek ialah melakukan rompakan, menerima harta curi, curi kenderaan, samun dan mendatangkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek telah meragut telefon bimbit milik wanita berusia 65 tahun di hadapan sebuah rumah dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Y15.

“Sebaik laporan diterima, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah menahan suspek warga tempatan itu di sekitar kawasan Petaling Jaya pada pukul 3 petang.

“Suspek ini juga telah beberapa kali ditahan namun masih berdegil melakukan kegiatan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mengulas lanjut, hasil soal siasat mendapati, suspek juga mengaku terlibat dengan kegiatan jenayah membabitkan wanita warga emas terbabit.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI