fbpx

MSM agih zakat RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM) menyumbang zakat sebanyak RM1 juta untuk diagihkan melalui Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tahun 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM, Syed Feizal Syed Mohammad berkata, pihaknya amat berbesar hati dapat meneruskan lagi tanggungjawab berzakat pada tahun ini.

“Usaha ini bertujuan untuk menyokong usaha PPZ dalam membasmi kemiskinan serta menjamin kestabilan sosial, khususnya dalam menyampaikan bantuan kepada komuniti kurang bernasib baik seperti fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal dan lain-lain.,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Selain zakat, MSM turut menjalin kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan dalam menyalurkan sumbangan yang memberikan manfaat kepada lebih 5,000 orang di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat. 

Secara keseluruhan, MSM telah menyampaikan sumbangan dalam bentuk produk-produk gula dengan anggaran lebih 8,000 kilogram (kg). 

Tahun lepas, MSM menyumbangkan lebih 50,000 kg produk-produk gula bernilai lebih RM 100,000 sebagai sebahagian daripada komitmen CSR yang merangkumi penglibatan dalam bantuan kemanusian bagi berikutan impak pandemik Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI