fbpx

Langgar SOP, empat lelaki dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PORT DICKSON – Akibat melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), empat orang lelaki dikenakan kompaun semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, pasukan Task Force SOP PKP dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson telah mengeluarkan kompaun itu.

Katanya, semua kompaun tersebut dikenakan atas kesalahan seperti tidak memakai pelitup muka dan merentas daerah serta negeri tanpa kebenaran.

“Sebanyak dua kompaun telah dikeluarkan di Pantai Seri Kemang atas kesalahan tidak memakai pelitup muka kepada dua orang lelaki berusia 21 tahun dan 25 tahun.

“Kompaun ketiga telah dikeluarkan kepada seorang lelaki berusia 33 tahun di kawasan parkir Pantai Dataran Kemang atas kesalahan telah merentas dari Seremban ke Port Dickson tanpa surat kebenaran rentas daripada polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kompaun yang keempat dikeluarkan kepada seorang individu berusia 29 tahun dari Sungai Udang, Melaka di Pantai Cahaya Negeri, di sini kerana merentas tanpa kebenaran.

“Kompaun sebanyak RM1,500 dikenakan untuk kesalahan tidak memakai pelitup muka manakala RM5,000 dikenakan bagi kesalahan rentas tanpa surat kebenaran,” tambahnya.

Beliau menegaskan, Polis IPD Port Dickson memandang serius sebarang pelanggaran SOP PKP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Orang ramai dinasihatkan agar terus mematuhi SOP MKN sepanjang tempoh PKP sehingga 7 Jun depan,” jelasnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI