fbpx

Wanita nyaris maut kereta dipandu terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa menekan brek di selekoh sebelum terbabas dalam satu kejadian di Jalan Parlimen menghala ke Bangsar semalam.

PETALING JAYA – Seorang wanita nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas di selekoh Jalan Parlimen menghala ke Bangsar semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, wanita berusia 24 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu berkenaan menekan brek di selekoh kerana terdapat kemalangan di hadapan.

“Akibat kejadian itu, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu wanita berkenaan telah terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum berhenti di tempat teduh hujan di kiri jalan.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan terbabit dan kes diklasifikasikan sebagai Rule 10 LN 166/59,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial menerusi sebuah rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berdurasi 22 saat yang memaparkan kereta Perodua Myvi yang terbabas di selekoh Jalan Parlimen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI