fbpx

Sorok 200 biji pil kuda dalam kotak rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pil kuda yang berjaya dirampas oleh anggota trafik IPD Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Taktik seorang lelaki menyembunyikan 200 biji pil di dalam kotak rokok bagi mengaburi mata pihak berkuasa tidak berhasil apabila dia dicekup anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas semalam.

Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pukul 2 petang di tepi jalan berhampiran Kampung Banggol Mekpit di sini ketika memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, selepas berjaya menahan kereta itu, anggota trafik terus melakukan pemeriksaan terhadap tubuh badan suspek.

Menurutnya, pemeriksaan itu telah membawa kepada penemuan sebanyak 200 biji pil kuda yang disorokkan di dalam sekotak rokok.

“Kotak rokok yang mengandungi bahan terlarang itu telah ditemui di dalam poket seluar sebelah kanan yang dipakai suspek.

“Siasatan mendapati, suspek mengakui kesemua pil kuda itu miliknya, namun polis kini sedang giat mengesan dalang utama di sebalik pengedaran dadah tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Nasaruddin, ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan lelaki itu juga mempunyai rekod jenayah lampau berkait dengan dadah.

Katanya, suspek kemudian dibawa balik ke IPD Pasir Mas untuk siasatan lanjut dan kes disiasat bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI