fbpx

PKPD di Rumah Panjang Wun Ak Ering dan SK Bakerkong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dua kawasan di Mukah, Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Khamis ini sehingga 2 Jun depan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua kawasan tersebut adalah Rumah Panjang Wun Ak Ering dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bakerkong, Bakerkong di Tanjung Manis.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak lima kes positif telah direkodkan dalam tempoh empat hari hasil ujian saringan bergejala dan kontak rapat kes positif.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di dua kawasan itu bermula Khamis ini sehingga 2 Jun depan.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penduduk yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan Covid-19 ke kawasan lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI