fbpx

Operasi feri Kuala Kedah-Langkawi dihenti sepanjang PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi feri Penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi dihentikan sepanjang tempoh PKPD di daerah Kota Setar bermula esok. - Gambar Hiasan

ALOR SETAR – Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah di sini ditutup dan tiada perkhidmatan feri bagi laluan Kuala Kedah-Langkawi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Kota Setar bermula esok hingga 1 Jun depan.

Jabatan Laut (JLM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, penutupan terminal itu selaras dengan larangan semua jenis pergerakan keluar dan masuk ke kawasan PKPD.

“Justeru, Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah di bawah seliaan JLM akan ditutup dan tiada perkhidmatan feri Kuala Kedah-Langkawi sepanjang tempoh tersebut,” katanya.

Kata kenyataan itu, perkhidmatan kargo di antara Kuala Kedah-Pulau Langkawi masih diteruskan.

“Perkhidmatan perlu mod pengangkutan laut masih mempunyai alternatif menggunakan feri membawa penumpang dan kenderaan jenis Roll On Roll Off (RORO) di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis yang tidak termasuk sebagai lokaliti PKPD,” ujarnya.

Katanya, kerjasama antara JLM dengan agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan dan polis sentiasa dikemas kini dalam memastikan pematuhan prosedur operasi standard sepanjang perjalanan dan keselamatan penumpang terkawal dan terjaga. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI