fbpx

Neelofa, suami beri kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA dan Haris.

PETALING JAYA – Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd. Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa hadir dipercayai bersama suami, Muhammad Haris Mohd Ismail ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bagi memberi keterangan.

Difahamkan, pasangan terbabit bersama ahli keluarganya hadir memberi keterangan kerana disyaki melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri di sebuah rumah sekitar Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr. Ismail.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kesemua mereka memberikan kerjasama yang baik ketika proses memberi keterangan.

“Ahli keluarga selebriti terbabit hadir kurang dari 10 orang dan memberikan kerjasama yang baik ketika proses itu.

“Polis juga memohon orang ramai memberi ruang kepada pihak berkuasa menyiasat perkara terbabit,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan ahli keluarga Neelofa bersama bapa tirinya dilihat tiba di IPD berkenaan dengan menaiki sebuah kenderaan mewah pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard berwarna putih pada pada pukul 2.51 petang.

Kejadian tersebut dipercayai susulan sebuah video tular berdurasi 26 saat di media sosial selepas dimuat naik melalui akaun instagram kakak kepada selebriti tempatan berkenaan. -K! ONLINE

Berita berkaitan Keluarga Neelofa bagi keterangan 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI